Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa sebagai seorang yang beragama Islam beliau akan menolak sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan Akalbudi jika mengetahui sumbernya daripada aktiviti haram.
Ahmad Zahid, 69, yang menyentuh mengenai sumbangan diterima daripada seorang penderma dari Sarawak menerusi seorang ahli perniagaan, Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain berkata sumbangan berjumlah RM10 juta yang diterima menerusi 10 cek itu adalah sah.